Tangkap layar video CEO MADACorp, Abdullah Ismail seolah-olah enggan bersalaman dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd (MADACorp), Abdullah Ismail mengakui kesilapan dan tampil memohon maaf susulan video tular tidak menyambut salam dihulurkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Video berkenaan dirakam ketika Mohamad melakukan lawatan kerja ke Kedah, Isnin lalu.

Abdullah dalam kenyataan menjelaskan, beliau sebelum itu telah pun bersalaman dengan Mohamad sebaik sahaja menteri itu tiba ke Program Sentuhan Madani di pekarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar.

Katanya, beliau kemudiannya telah mengiringi Mohamad untuk bersalaman dengan pegawai-pegawai yang lain.

“Ketika mengiringi Mohamad bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan saya.

Baca artikel lain: Kerajaan berusaha bantu petani terjejas banjir dapat sokongan sewajarnya – Mat Sabu

“Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau.

“Justeru, saya dengan rasa rendah diri mengakui kesilapan saya kerana tidak menyambut salam sekali lagi dan ingin memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.

“Saya harap penjelasan dan permohonan maaf saya diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan CEO MADACorp itu dilihat seolah-olah enggan bersalaman dengan Mohamad yang melakukan lawatan kerja ke Kedah pada Isnin lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram