Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai membuang mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi sungai di Larut, Simpang, Taiping semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dalam berkata ia selepas polis menerima laporan daripada Bahagian Kecemasan Hospital Taiping kira-kira 3.32 pagi semalam.
Beliau berkata hospital berkenaan memaklumkan pihaknya telah menerima seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak, namun bayinya itu telah meninggal dunia, dan mayat bayi itu pula tidak dibawa bersama.
“Polis kemudiannya menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 34 tahun. Suspek telah menunjukkan tempat mayat bayi itu dibuang iaitu kawasan tepi sungai di Larut, Simpang, Taiping,” katanya.
Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan jalan membuang mayat dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

