Kertas siasatan aduan terhadap Azam Baki diklasifikasi NFA

Dari Penulis

KERTAS siasatan berhubung pengaduan Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) atau tiada tindakan lanjut.

Perkara itu dinyatakan Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas meneliti kertas siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mengenai pengaduan berkenaan bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Jabatan Peguam Negara telah meneliti kertas siasatan dikemukakan PDRM berhubung pengaduan tersebut.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan,” jelasnya AGC dalam kenyataan.

Oleh yang demikian jelasnya, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) atau tiada tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This