MESKIPUN berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Fazura dilihat sempat mendoakan seorang wanita yang turut mengalami nasib sama sepertinya.
Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin,41, mengulang siar ciapan wanita itu di platform X yang mendakwa suaminya curang dengan pekerja sendiri.
“Assalamualaikum, peluk kuat dan hanya kasih sayang yang mampu saya berikan. Semoga kuat!,” tulisnya.

Individu berkenaan meluahkan perasaan di laman sosial terbabit mengenai perubahan sikap suaminya disebabkan kehadiran wanita lain dalam rumah tangga mereka.
“Saya perasan suami layan dia sangat berbeza berbanding staf lain. Saya memang dah berprasangka macam-macam sebab banyak sangat insiden contoh jemput hantar staf balik rumah, jumpa staf malam-malam dekat tempat kerja.
“Sampai rasa nak berhentikan dia kerja tapi sudah tentu laki saya tak bagi berhentikan dia. Alasan susah nak cari staf dan kononnya mereka tak ada apa-apa hubungan.
“Kami banyak kali gaduh sebabkan staf ni dan laki saya cakap takkan berhenti staf tu sebab nak jadikan pengajaran untuk saya supaya kawal emosi,” ciap wanita itu.
Wanita itu juga turut kecewa dengan suaminya selepas apa yang mereka lalui bersama disia-siakan.
Malah, ketika suaminya hampir muflis, wanita itu jugalah yang membantu melangsaikan semua hutang lelaki berkenaan.
Pada masa sama, warganet turut meluahkan simpati terhadap wanita itu malah turut menganggap jalan ceritanya seakan seperti apa yang sedang dilalui Fazura dan suaminya, Fattah Amin.

