Ogy Ahmad Daud tak setuju selebriti canang kisah ‘dalam kain’ di media sosial

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Fauziah Ahmad Daud berharap persengketaan antara Elly Mazlein dan Jihan Muse dapat diselesaikan secara baik.

Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dua personaliti itu memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam bidang pengacaraan.

“Dua-dua (Elly dan Jihan) ada kekuatan masing-masing sebagai pengacara. 

“Saya juga pernah menonton program yang dikendalikan oleh mereka. Saya harap mereka berdua kembali okay (berbaik),” katanya kepada URTV.

Ogy berkata demikian ketika ditemui di sidang media pementasan teater Di Sebalik Topeng di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Ogy yang juga seorang pengacara turut berkongsi pengalamannya yang pernah mengusik atau menjadikan rakan hos sebagai ‘bahan’ ketika di atas pentas.

“Kalau di luar negara, perkara sebegini berlaku (lawak membahan artis atas pentas). Tetapi dengan keizinan tuan empunya badan.

“Sebagai contoh, dahulu saya pernah mengacarakan sebuah rancangan bersama Salleh Yaakob, kami saling ‘membahan’. Tetapi di belakang pentas, kami berbincang dahulu.

“Kami tidak main sembrono atau tukar rancangan lain. Mengacara atas pentas juga memerlukan kerja berpasukan,” ujarnya.

Pada masa sama, Ogy juga meluahkan pendapat peribadinya yang tidak bersetuju dengan sikap segelintir selebriti yang memilih media sosial sebagai medium berkongsi kisah ‘dalam kain’’.

“Satu perkara yang saya kurang gemar, apabila konflik itu boleh selesai secara peribadi atau profesional kenapa perlu diuar-uarkan dalam media sosial.

“Saya sebagai pelakon, banyak cerita dalam kain (masalah) melibatkan produksi yang saya tahu tetapi tidak pernah muat naik di media sosial. Itu prinsip saya,” tegasnya. 

Terdahulu, Elly menerusi sebuah hantaran di Instagram Story secara terbuka menyindir lawak yang dibuat Jihan bersama Haziq Hussni ketika mereka mengacarakan sebuah program.

Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom berharap dirinya tidak menjadi seorang pengacara yang gemar membahan artis lain di atas pentas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This