Tiada panggilan telefon atau mesej tanya khabar anak-anak, Bella Astillah tak pertikai tindakan Aliff Aziz – “Lebih baik begini”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya iaitu Aliff Aziz tidak pernah sekalipun menghubunginya bagi bertanya khabar anak-anak.

Pun begitu, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, enggan memikirkan sekaligus tidak mempertikaikan tindakan Aliff berbuat demikian.

Malah, ujar Bella, situasi itu lebih baik memandangkan tiada keperluan untuk mereka  berkomunikasi antara satu sama lain.

“Kalau boleh saya tidak mahu ulas fasal Aliff lagi, tetapi semenjak kes hari tu (cerai) hingga hari ini tiada mesej atau DM daripada dia.

“Tpai, saya okay saja. Saya tidak pertikaikan atau marah…tiada masalah. 

“Saya rasa lebih baik begini (tidak berhubung). Tiga atau empat tahun lagi kita tak tahu macam mana tapi inilah jalan terbaik. Saya seorang yang berhati lembut. Saya tidak bersedia untuk itu,” katanya kepada URTV.

Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu berjudul Tapi Bukan Denganmu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Bella turut mendedahkan dua anaknya iaitu Ayden dan Ara tidak pernah bertanya mengenai bapa mereka.

“Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya sebagai ibu, takut kalau mereka fikir yang bukan-bukan.

“Tapi setakat ini, mereka fokus belajar. Boleh lihat di media sosial saya,” ujarnya.

Pada masa sama, Bella akui sudah tidak lagi mengambil tahu tentang Aliff dan lebih baik mereka meneruskan kehidupan masing-masing.

“Saya nak membantu diri untuk ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarga dia. 

“Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga dia. Saya tidak cakap yang pihak sana tiada usaha tapi sebenarnya saya bersetuju dengan tindakannya sekarang. 

“Saya rasa adalah lebih baik kita menjalani kehidupan masing-masing. Saya lebih tenang alhamdulillah. Saya gembira dia ada kehidupan dia dan saya tidak mendoakan yang tidak baik. 

“Kita pun manusia, kita sendiri nak minta orang doakan yang terbaik. Semoga saya pun boleh menjalani kehidupan yang baik dengan anak-anak saya,” kongsinya.

Bella yang juga pelakon turut mengaku bukan mudah untuk melupakan kisah lalu memandangkan ia berlaku bertahun-tahun ketika masih dalam perkahwinan.

“Nak ‘move on’ tak senang sebab hubungan kami selama 12 tahun itu tak mudah, tapi saya percaya lambat laun pasti saya boleh ‘move on’. 

“Tak mudah, tapi dengan adanya anak-anak dan keluarga, saya percaya masa itu akan tiba nanti,” ungkapnya.

Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 13 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This