PAKISTAN mendapat sokongan penuh untuk menjadi rakan dialog penuh dengan ASEAN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
“Malaysia menyokong kerana pendirian kami adalah untuk melibatkan diri dan membuka ruang,” kata Anwar dalam temu bual eksklusif dengan Pakistan TV yang disiarkan melalui YouTube malam tadi.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai penyertaan ke dalam blok ekonomi BRICS semasa lawatan ke Vladivostok September lepas.
“Dan sudah tentu, saya dijemput ke Kazan untuk menghadiri sebagai rakan anggota sebelum menjadi anggota penuh.
Baca artikel lain: Anwar, rakan sejawat Pakistan adakan pertemuan, bincang isu dua negara
“Kami bersikap terbuka, tetapi keputusan akhirnya akan dibuat berdasarkan konsensus dalam ASEAN,” kata beliau.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah dilaporkan berkata Malaysia menjadi antara penyokong utama Pakistan dalam ASEAN.
Oleh itu katanya, Pakistan berjaya memperoleh perkongsian dialog sektoral dan kini berhasrat menjadi rakan dialog penuh ASEAN dengan sokongan berterusan Malaysia.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

