UGO Travel tawar pakej umrah menarik sempena INTAC 2024

Dari Penulis

SEMPENA penganjuran Pameran Persidangan Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa (INTAC) 2024, UGO Travel & Tours Sdn Bhd (UGO Travel) mengambil kesempatan menawarkan beberapa pakej umrah menarik bagi yang berhasrat menggunakan khidmat mereka.

UGO Travel merupakan ejen dipercayai yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah termasuk pelancongan domestik serta antarabangsa selain kemudahan visa haji bagi tahun 2025.

Selain itu, bagi menjadikan pakej ditawarkan lebih menarik, mereka turut mengadakan kolaborasi bersama beberapa penceramah terkenal termasuk selebriti seperti Ustaz Hanafi, Syamsul Debat dan Ajak Shiro.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Mohamad Minhat berkata, pada pameran kali ini, pihaknya menawarkan beberapa kelainan antaranya Pakej Umrah Rahmah yang bermula pada harga tidak sampai RM4,800.

Jelasnya, pakej yang disifatkan sebagai rendah serta berpatutan itu ditawarkan dengan niat untuk membantu pihak kurang berkemampuan mengerjakan ibadah di Tanah Suci.

“Kami pada pameran ini banyak memberi promosi dan potongan harga kepada para pengunjung, kita buat potong RM1,000 untuk Pakej Umrah Safwah bagi yang buat tempahan dengan deposit serendah RM500.

“Kita juga beri diskaun dalam bentuk baucer RM100 untuk jemaah atau pelanggan yang belum ada tarikh nak mengerjakan umrah, kita berikan kemudahan ini kepada mereka.

“Untuk Pakej Umrah Rahmah kita berikan dengan harga rahmah, niat kami untuk membantu jemaah yang mahu mengerjakan umrah dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik,” katanya, hari ini.

Baca artikel lain: Premier Sarawak dahului 1,376 penerima darjah kebesaran Sabah

INTAC 2024 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula pada 3 hingga 6 Oktober ini.

Persidangan menghimpunkan pemimpin industri, peminat kebudayaan dan profesional sektor pelancongan untuk membincangkan serta menyampaikan idea bagi menggalakkan industri pelancongan.

Sebanyak 20 negara mengesahkan penyertaan antaranya Argentina, Bangladesh, Bhutan, Bosnia, France, Georgia, Indonesia, Iraq, Kenya, Kuwait, Kyrgyzstan, Mexico, Palestin, Peru, Yemen, Zambia dan Arab Saudi.

Mohamad berkata, dalam pakej umrah, kekuatan UGO Travel terserlah dalam pakej DIY, di mana pelanggan boleh merancang apa yang mereka mahukan dengan pihaknya akan cuba memenuhi kehendak tersebut.

“Tagline kita ‘where you want to go Ugo first’, sebab kita bukan sahaja buat pakej, kita rancang untuk pelanggan.

“Sebagai contoh baru-baru ini ada jemaah yang nak pergi umrah sahaja dan kemudian ke London, saya boleh uruskan, pelanggan ini sampai pagi dan ke London pada sebelah malam, saya uruskan dari a sampai z,” katanya lagi.

Mohamad yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbangan memberi jaminan UGO Travel akan memberikan perkhidmatan terbaik meskipun usia mereka baru setahun jagung.

“Walaupun usia UGO Travel masih muda (ditubuhkan pada 2021) pengalaman saya dan pasukan sangat luas. Saya pernah berkhidmat di Saudi, saya mempunyai petugas di sana, selain kerjasama baik dengan muassasah.

“Boleh dikatakan setiap bulan saya ada jemaah untuk diterbangkan, selepas habis haji sehinggalah bulan Disember ini, jemaah juga beri respons baik kepada perkhidmatan kami sama ada di Malaysia mahupun di luar negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This