MESYUARAT Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mendapati ajaran dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sama seperti Al-Arqam yang telah diwartakan sesat pada tahun 2016.
Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin berkata, buat masa ini jawatankuasa berkenaan belum memutuskan sama ada perlu dikeluarkan keputusan baharu atau sebaliknya.
“Ini kerana fatwa ajaran Al Arqam yang diwartakan pada 2016 masih relevan dan boleh dikuat kuasa bagi menangani ajaran GISBH.
“Ia hanya akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa fatwa bulan ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Setakat ini tiga negeri yang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat ialah Perlis, Selangor dan Pahang.
Pada awal September lalu, polis melancarkan Ops Global dan menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan agama.
Serbuan itu menyaksikan 572 mangsa berjaya diselamatkan dan membawa kepada penahanan 359 pengikut GISBH termasuk pihak pengurusan tertinggi syarikat itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

