LEBIH banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI.
Kata beliau, ia melonjakkan pertumbuhan negara dan sekali gus menjunjung prinsip manusiawi untuk mengangkat darjat rakyat terbanyak.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan.
Baca artikel lain: PM tegaskan rasionalisasi subsidi bukan untuk bebankan rakyat
“Saya mengucapkan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka Belanjawan 2025,” katanya dalam hantaran tersebut.
Belanjawan 2025 dijadual dibentang Anwar di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan.
Sidang Parlimen akan bermula pada Isnin depan dengan pembentangan beberapa usul oleh kerajaan termasuk bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 dijadual pada Rabu.
Sebelum ini, Anwar memaklumkan Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada isu inflasi.
Beliau berkata, walaupun harga barangan seperti minyak masak, petrol dan tepung lebih murah di Malaysia berbanding negara serantau, masih terdapat keperluan untuk memberi tumpuan kepada menaikkan tahap pendapatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

