PASUKAN Utusan Malaysia- Media Mulia muncul juara, manakala tim Kereta Burok – UtusanTV mendapat tempat kedua bagi kategori Media dalam acara Mencari Harta Karun Jubli Emas Sekatarakyat 2024.
Utusan Malaysia juga menduduki tempat kedua bagi kategori Terbuka manakala Kereta Burok mendapat tempat keempat kategori yang sama.
Utusan Malaysia memenangi hadiah wang tunai RM2,000 bagi kategori Media dan RM3,500 bagi kategori Terbuka manakala Kereta Burok-UtusanTV mendapat RM1,500 bagi Media dan RM2,000 bagi Terbuka.
Tempat ketiga kategori Media dimenangi pasukan Hunt Two Bernama.
Bagi kategori Terbuka pula,
pasukan Geng 30 daripada Bank Rakyat menjadi juara, manakala
kumpulan Malas Nak PK juga daripada Bank Rakyat mendapat tempat ketiga.
Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,500.
Acara yang bertemakan ‘Emas’ ini dianjurkan oleh Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) sempena sambutan Jubli Emas pada 23 September lalu.
Sebanyak 101 pasukan yang melibatkan 404 peserta yang terdiri daripada koperasi-koperasi seluruh negara dan rakan niaga mengambil bahagian dalam acara yang bermula di Menara Berkembar Bank Rakyat merentasi Raub dan berakhir di Sekata Makmur, Ringlet, di Cameron Highlands.
Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak ketika berucap pada majlis pelepasan peserta berkata, acara ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara koperasi di seluruh negara.
Katanya, ini sejajar dengan Prinsip Koperasi Ke-6 iaitu kerjasama antara koperasi selain membina imej Sekatarakyat sebagai perintis kepada aktiviti tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua pihak.Â
Sementara itu Pengerusi Sekatarakyat Datuk Mohamed Arsad Sehan berkata, acara ini memberi peluang kepada Sekatarakyat untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan mengumpul ‘harta karun’ yang berupa barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim selari dengan Prinsip Koperasi Ke-7 iaitu mengambil berat terhadap masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

