264 calon pelatih asas Maritim lapor diri hari ini

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI  246 calon pelatih asas penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melapor diri di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan pada hari ini. 

Pemangku Pengarah AMSAS, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 70 orang adalah calon pelatih asas Leftenan Muda Maritim Gred T13 manakala 176 orang merupakan calon pelatih asas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 dan kesemuanya merupakan calon lelaki.

Ujar beliau, pengambilan pada siri kali ini melibatkan jumlah paling ramai dalam sejarah Maritim Malaysia dan ia dijalankan serentak bagi lantikan kemasukan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Penguat Kuasa Lain-Lain Pangkat (LLP) Maritim.

“Semua calon yang melaporkan diri akan menjalani latihan selama 10 bulan berbanding siri-siri lantikan sebelum ini yang hanya menjalani latihan selama 9 bulan. 

“Dengan bertambahnya tempoh latihan asas, pelatih akan menjadi lebih bersedia dari segi ilmu teori dan praktikal sebelum dihantar ke kapal-kapal bagi menjalani latihan sambil kerja atau on-job training selama 3 bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, salah seorang calon pelatih asas berkenaan, Haikal Iqbal Zainudin, 28 tahun,menyifatkan tawaran yang diterima merupakan rezeki daripada Allah SWT selepas beliau dan pasangan, Nur Sufiah Ahamad Sasman, 26, dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini.

Mempunyai kelulusan dalam jurusan Bachelor Science Shipping And Port Management dari Solent Southampton University, United Kingdom, beliau yang sebelum ini merupakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), memilih menyertai Maritim Malaysia kerana minat dalam bidang penguatkuasaan serta ingin bertugas di samudera menjaga keselamatan perairan negara.

Pengambilan serentak pelatih asas pegawai dan LLP ini bakal menyumbang kepada peningkatan jumlah perjawatan yang telah diluluskan Kerajaan iaitu sebanyak 5,403 jumlah perjawatan dan Maritim Malaysia mengharapkan perjawatan tersebut dapat diisi sepenuhnya menjelang tahun 2026.

Terdahulu kesemua calon yang melapor diberikan penerangan mengenai dokumentasi akhir serta menjalani ujian saringan awal air kencing yang merupakan salah satu prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap calon bebas daripada penggunaan bahan terlarang sebelum mengangkat sumpah sebagai pelatih asas Maritim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aktiviti, mesyuarat guna nama PN tak boleh dilaksana jika tak dapat izin Pengerusi

SEBARANG aktiviti mahu pun mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilaksana melainkan dengan keizinan Pengerusi, Datuk...

More Articles Like This