Range Rover bukan hadiah, gaji bulanan ditolak untuk bayar ansuran kereta – Fattah Amin

Dari Penulis

PELAKON Fattah Amin menegaskan kenderaan mewah jenama Range Rover yang didakwa hadiah daripada bekas isterinya, Nur Fazura adalah tidak benar.

Sebaliknya, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin,34, memberitahu kereta tersebut merupakan milik syarikat Fazura.

“Dia hadiahkan kereta kepada saya? Salah tu. Itu adalah kereta syarikat dan saya bekerja dengan syarikat milik Fazura.

“Saya rasa semua orang maklum mengenai perkara itu. Gaji bulanan saya ditolak untuk membayar kereta tersebut. Janganlah ungkit perkara yang tak sepatutnya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Fattah sah cerai talak satu , Fattah Amin sangkal dakwaan curang & tak bayar nafkah, tuduhan Fazura itu mengaibkan, Curang, abaikan nafkah & hidup sengsara sepanjang perkahwinan, punca Fazura fail cerai – “Dia bawa wanita lain dengan Range Rover yang saya hadiahkan”

Fattah berkata demikian ketika ditemui selepas lafaz cerai terhadap Fazura  di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Fattah akui sebak aapbila memikirkan anak tunggalnya iaitu Nur Fatima Aisya,4, terpaksa berdepan ujian perpisahan melibatkan ibu dan bapanya.

“Bila bercakap tentang anak, saya memang sedih. Saya agak kesal Fatima terpaksa menerima situasi ini pada usia dia yang masih kecil iaitu empat tahun.

“Setiap kali kami berjumpa, dia nampak sangat gembira. Dia juga mahu saya balik ke rumah tinggal bersama dengan dia. 

“Dia nak mummy dan daddy dia bersama. Tapi disebabkan perkara ini, saya terpaksa menipu dengan memberitahu saya keluar rumah atas sebab urusan kerja.

“Dia menangis tak nak lepaskan saya sehingga tertidur. Saya sangat kesal sebab terpaksa tipu dia,” luahnya.

Tambah Fattah, Fatima berada di bawah jagaan Fazura sepenuhnya. Dia juga gembira apbila dapat hak lawatan dan bermalam menerusi persetujuan bersama.

Terdahulu, Fazura mendakwa Fattah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah selain turut curang.

Malah, Fazura turut mendakwa dia menghadiahkan kereta Range Rover untuk Fattah.

Ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular itu akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Fattah melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This