Kes Sosilawati: Bekas peguam, pekerja ladang kekal dijatuhi hukuman gantung

Dari Penulis

MAHKAMAH Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas peguam dan seorang lagi pekerja ladang kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya pada 14 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas pemohon, N Pathmanabhan, 54, dan T Thilaiyalagan, 32, memohon untuk mengetepikan hukuman gantung itu.

Sinar Harian melaporkan, sementara seorang pekerja ladang, R Kathavarayan, 44, menarik balik permohonan semakan hukuman mati itu.

Susulan itu, lelaki itu kekal hukuman gantung seperti mana yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi semua perayu hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Baca artikel lain: Pakar PBB seru tindakan selepas setahun konflik Israel-Hamas

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting, Selangor antara jam 8.30 dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pada 4 Disember 2015, Pathmanabhan, R Matan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Dua tahun kemudian, iaitu 16 Mac 2017, Pathmanabhan, Thilaiyalagan, dan Kathavarayan kekal ke tali gantung, selepas sekali lagi rayuan mereka ditolak.

Bagaimanapun, R Matan, 33, bernasib baik apabila rayuan pekerja ladang itu dibenarkan oleh lima panel hakim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This