Pakar PBB seru tindakan selepas setahun konflik Israel-Hamas

Dari Penulis

PAKAR Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyeru tindakan segera untuk menamatkan kitaran keganasan dan mendesak akauntabiliti selepas setahun konflik Israel-Hamas, lapor Agensi Anadolu.

Pakar itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tahun lepas telah menyaksikan peningkatan krisis yang dahsyat dalam penderitaan manusia dengan kesan yang teruk terhadap rakyat Palestin, rakyat Israel dan seluruh rantau Asia Barat.

“Pelanggaran serius undang-undang antarabangsa seperti pembunuhan, menjadikan objek awam sasaran serangan, serangan tidak seimbang dan sembarangan, kebuluran, pemindahan secara paksa, pengusiran sewenang-wenangnya, keganasan seksual, penganiayaan serta penghinaan terhadap nyawa dan maruah, termasuk tidak menghormati mayat yang dilakukan oleh tentera Israel sejak bermulanya konflik di Gaza pada Oktober 2023 merupakan jenayah perang dan mungkin jenayah terhadap kemanusiaan,” kata pakar.

Menarik perhatian kepada latar belakang sejarah dan politik pada 7 Oktober, pakar itu berkata: “dikaburkan oleh naratif palsu dan diskriminasi bertahun-tahun, pengasingan kaum dan/atau apartheid yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, seperti yang diakui oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 19 Julai 2024.

Baca artikel lain: 200 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Brazil

Menurut mereka, konflik itu berisiko membawa kepada pemadaman kehadiran rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki serta realiti tidak berkesudahan mengenai keadaan yang tidak terjamin dan penderitaan besar bagi rakyat Palestin dan Israel.

Mereka juga menggesa masyarakat antarabangsa memastikan penghentian pemindahan senjata oleh negara dan syarikat kepada Israel “untuk mengelakkan tanggungjawab dalam jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan secara bersubahat.”

Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza bermula pada 7 Oktober tahun lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.

Hampir 42,000 orang telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 97,100 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

— Bernama-Anadolu

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This