Kugiran Masdo tercalon dalam Anugerah MTV EMA 2024

Dari Penulis

KUGIRAN Masdo tercalon sebagai wakil Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di acara berprestij Anugerah MTV EMA 2024 yang akan berlangsung di Manchester, England pada 11 November ini.

Vokalisnya iaitu Ali Sariah, 32, berkata, pencalonan tersebut adalah pencapaian bermakna sepanjang penglibatan dalam industri muzik.

Walau bagaimanapun, Masdo enggan meletakkan harapan tinggi memandangkan perlu bersaing dengan artis lain dari seluruh Asia.

“Kami mendapat pengesahan mengenai pencalonan itu sekitar seminggu yang lalu. Seperti biasa, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi. Dapat tercalon pun sudah cukup berpuas hati.

“Sekiranya menang, memang satu bonus buat Masdo. Setakat ini, belum ada sebarang kepastian lagi kami akan menghadiri acara itu nanti,” katanya.

Selain Ali, Masdo turut dianggotai oleh Putu Ceri (bes) dan Asmawi (gitaris). 

Artis Asia lain yang tercalon dalam kategori itu adalah Mahalini dari Indonesia, ILLIT (Korea Selatan), BINI (Filipina), dan Sakurazaka46 (Jepun).

Penentuan pemenang akan dibuat menerusi undian yang mana sudah dibuka menerusi laman web rasmi anugerah itu.

MTV EMA adalah acara meraikan industri muzik dan budaya pop seluruh dunia dan dihadiri nama-nama hebat dalam industri hiburan.

Pencalonan tahun ini menyaksikan dominasi artis wanita dan bintang pop sensasi, Taylor Swift mendapat pencalonan terbanyak iaitu tujuh kategori termasuk Artis Terbaik, Video Terbaik, Pop Terbaik, dan lain-lain.

Penyanyi terkenal seperti Billie Eilish, Arian Grande, Charlie XCX, Sabrina Carpenter, Ayra Starr, Beyonce, Kendrick Lamar, dan LISA turut tercalon dalam anugerah berprestij itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This