PDRM selamatkan 625 mangsa GISBH setakat ini – Shuhaily

Dari Penulis

SERAMAI 625 mangsa GISBH Holding (GISBH) telah diselamatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Op Global yang dijalankan sejak 11 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua mangsa yang diselamatkan dalam Fasa 1 Op Global hingga Fasa 4 itu berusia lingkungan dua bulan hingga 28 tahun.

Beliau berkata, mangsa pada masa ini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini seramai 553 mangsa ditempatkan di 13 pusat perlindungan di bawah jagaan JKM di seluruh negara.

“Baki 72 lagi sudah diserahkan kepada ahli keluarga mereka,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, beliau yakin keselamatan mangsa yang juga anak-anak ahli GISBH terjamin semasa berada dalam jagaan JKM.

Ada ibu bapa dan penjaga yang disyaki ahli GISBH berusaha menuntut kembali kanak-kanak itu.

“Saya yakin JKM tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan kanak-kanak terbabit secara mudah kepada ahli keluarga mereka sebelum melalui tapisan dan mereka harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan jika ingin menuntut kembali anak masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis tidak akan membenarkan mereka yang ingin mengambil anak tanpa melalui piawaian dan pemeriksaan yang ketat.

“Saya juga faham ada antara ibu bapa yang melantik beberapa peguam untuk menuntut anak mereka, namun ini adalah negara demokrasi dan mereka boleh melakukannya dan itu tidak jadi masalah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This