Polis gagalkan cubaan seludup masuk 12 PATI di Padang Besar

Dari Penulis

POLIS menggagalkan cubaan menyeludup masuk 12 pendatang asing warga Myanmar ke negara ini dalam dua serbuan di sekitar Padang Besar pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata 10 daripada mereka termasuk tiga wanita berumur 19 hingga 32 tahun ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim di kawasan laluan keselamatan Malaysia-Thailand pada 3.30 pagi Jumaat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua warga asing itu dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan tikus di sempadan dengan seorang daripada mereka disyaki bertindak sebagai tekong.

“Tekong berusia 27 tahun itu dipercayai menerima upah kira-kira RM200 bagi setiap individu dan mendapat arahan daripada seorang ejen dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shokri berkata lelaki berkenaan ditahan reman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bermula 12 Okt lepas manakala sembilan lagi warga Myanmar itu direman di bawah Akta Imigresen hingga 25 Okt.

Beliau berkata dua lagi pendatang tanpa izin warga Myanmar masing-masing lelaki berusia 18 tahun dan wanita 30 tahun ditahan sepasukan polis Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara PGA dan PGA Batalion 2 Kulim selepas menahan sebuah kereta di kawasan Kilang Gula Chuping pada 2.20 pagi Sabtu.

“Kereta jenis Nissan Slyphy itu turut dinaiki suami isteri warga Myanmar dan mereka mempunyai pasport. Siasatan awal mendapati suami isteri berusia 28 dan 30 tahun itu dipercayai menjadi pemandu dan mengambil dua warga asing berkenaan untuk dihantar ke negeri jiran.

“Pasangan suami isteri yang disyaki tekong itu menerima upah kira-kira RM500 bagi setiap pendatang asing dan mereka direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) SOSMA bermula 12 Okt. Dua lagi warga Myanmar itu pula ditahan reman 14 hari di bawah Akta Imigresen hingga 25 Okt,” katanya.

Beliau berkata dua kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT Shah Alam buka lembaran baharu mobiliti rakyat – Loke

PEMBUKAAN rasmi Laluan LRT Shah Alam hari ini menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha kerajaan memperkukuh sistem pengangkutan...

More Articles Like This