Banjir KL akibat limpahan sungai, majoriti kawasan mula surut – DBKL

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEJADIAN banjir yang berlaku di ibu kota sejak pagi tadi disebabkan limpahan air di sungai-sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu berlaku susulan hujan lebat yang mula turun sekitar pukul 8.30 pagi tadi dan berterusan sekali gus menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Menurut DBKL, kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Jalan Pantai Baharu; Jalan Parlimen di Bulatan Dato’ Onn dan Jalan Kinabalu; Jalan Maharajalela serta Jalan Travers.

Selain itu, DBKL memberitahu, Jalan Ledang; Jalan Segambut; Jalan Genting Klang berhadapan Shell; Jalan Genting Klang berhadapan UTAR; Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street) juga antara yang terjejas.

Katanya, kejadian tersebut berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 milimeter (mm) per jam di mana bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar melebihi 114 mm per jam.

“Petugas DBKL telah turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal.

“Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik.

Baca artikel lain: Sidang Dewan Rakyat ditangguh 30 minit pagi tadi, Ahli Parlimen terperangkap banjir

“Setakat pukul 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala. Pihak DBKL juga mengaktifkan dua buah pam statik di Jalan Sultan Azlan Shah,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, DBKL memberitahu, tiga buah pam mudah alih telah dibawa ke lokasi sekitar Bulatan Dato Onn yang telah dinaiki air dengan keadaan kembali normal sekitar pukul 9.18 pagi.

Jelasnya, kerja-kerja pembersihan di sekitar Jalan Parlimen telah selesai dilaksanakan oleh DBKL manakala kerja-kerja pembersihan di Jalan Sultan masih dijalankan.

“Berdasarkan tindakan proaktif yang telah diambil DBKL, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung telah surut dalam tempoh 30 minit.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This