PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia gagal mempertahankan kedudukan ranking kelima Persekutuan Badminton Dunia (BWF)apabila gagal mempertahankan kejuaraan di Terbuka Artik baru-baru ini.
Pemain dari Kedah yang tewas dalam perlawanan suku akhir di Finland itu akibat mengalami kecederaan buku lali dan juga terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark yang bermula hari ini.
Kedudukan terkini menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu jatuh dua anak tangga berbanding ranking kelima sebelum ini dan dia turut dipintas pemain Jepun, Kodai Naraoka dan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsarn.
Dan ketiadaannya pada kejohanan berstatus Super 750 itu dijangka akan terus menjejaskan kedudukan ranking dunianya sekali gus menggugat peluang untuk menempah tiket ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China, Disember ini.
Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan ranking keempat dunia sekalipun tewas di pusingan kedua Terbuka Artik.
Juara Terbuka Artik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut mengekalkan kedudukan mereka di ranking lapan dunia.
Turut mengekalkan ranking dunia adalah pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah (7) dan dua pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (9) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai (10).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

