ANAK kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa telah dilantik secara rasmi sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Perkara itu diumumkan Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi perkongsian di media sosial semalam.
Menurut Reezal Merican, pelantikan itu diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MATRADE Bil/2024.
Katanya, mesyuarat itu bertujuan untuk melihat hala tuju dan perancangan semasa yang akan dilaksanakan oleh MATRADE bagi tahun ini.
“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyerahkan surat pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) baharu MATRADE, Nooryana Najwa dan menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh beliau bersama-sama dua lagi ALP iaitu Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim.
“Tahniah diucapkan kepada Nooryana Najwa atas lantikan sebagai ALP MATRADE. Terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang hadir.
“Semoga segala perancangan yang dijadualkan untuk MATRADE tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memanfaatkan syarikat-syarikat tempatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

