Warga emas tunggang basikal elektrik maut kemalangan

Dari Penulis

Seorang warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Bahau-Kemayan, di Jempol semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian kira-kira 5.50 petang itu dipercayai berlaku ketika seorang wanita berusia 55 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang seorang lelaki warga emas dari arah kiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.

“Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoo berkata akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik telah meninggal dunia di tempat kejadian, kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Undilah calon Melayu’, surat terbuka Tun M kepada pengundi Melayu

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi Melayu supaya mengundi calon Melayu dalam pilihan raya umum (PRU)...

More Articles Like This