SERAMAI 21 individu dipercayai pengikut Syiah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Mukim Tobiar, Pendang, Selasa lalu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Kedah, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin, berkata serbuan pada 9.50 malam hasil maklumat diterima JHEAIK bahawa pengikut Syiah akan berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah ke-11, Imam Hasan Al-Askari di rumah Abdullah Hassan yang didakwa ketua Syiah di negeri itu.
Dalam 0perasi Khas Syiah oleh JHEAIK bersama polis itu, katanya, kitab dan barangan dikaitkan dengan ajaran terbabit turut dirampas.
Semua 21 individu ditahan di rumah berkenaan terdiri daripada enam lelaki, sembilan wanita dan enam kanak-kanak berusia tiga hingga 77 tahun. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut, katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, penahanan individu itu seiring ajaran dan fahaman Syiah yang diwartakan bercanggah serta menyeleweng daripada ajaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam pada 15 Jun 2014.
Menurutnya, semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama bertentangan hukum syarak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

