[VIDEO] Jual Jiwa biasan perasaan Lil J sepanjang perjalanan dalam industri muzik

Dari Penulis

MENCIPTA nama dalam industri hip-hop tempatan bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan begitu banyak persaingan di pentas yang sama, penyanyi rap tempatan, Lil J bertekad untuk memberikan impak yang lebih besar. 

Untuk membuktikan ketekunannya, bintang yang sedang meningkat naik ini kembali dengan single baharu berjudul Jual Jiwa yang dihasilkan bersama Yonnyboii.

Lil J mendedahkan, lagu tersebut ditulis berdasarkan perjalanan hidupnya sendiri dalam industri muzik. 

“Saya mula menulis korus dan sebenarnya saya telah menulis korus tersebut dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu.

“Tetapi apabila saya menukarnya ke bahasa Melayu, ia tampak lebih selaras dengan situasi hidup saya dan perjalanan yang telah dilalui sepanjang kerjaya muzik saya.

“Lagu ini seolah lebih sempurna apabila saya menukarnya ke bahasa Melayu. Ia menggambarkan diri saya yang sebenar dan sarat dengan unsur muzik jalanan yang sentiasa saya banggakan sejak kecil,” jelas Lil J mengenai lagu tersebut. 

Dalam dunia yang sangat pantas ini, semua orang sedang berjuang dan semua orang perlu mengorbankan sebahagian daripada diri mereka untuk bertahan.

“Tetapi saya tidak pernah menjadi orang yang menyerah kepada kebiasaan, saya sentiasa melawan.

“Kadang-kadang, lebih baik untuk menonjol daripada hanya menjadi sama,” tambah Lil J mengenai inspirasi di sebalik lagu tersebut.

Lagu ini juga disertakan dengan video muzik yang cukup mengagumkan yang diarahkan oleh Andrew dan dihasilkan oleh Dick Wai. 

“Untuk video muzik ini, kami memilih vibe ‘Seni Moden’ untuk memaparkan mesej lagu ini dengan cara yang unik. 

“Dengan visual yang menarik dan sederhana di mata tetapi mempunyai makna mendalam tanpa kesan yang terlalu berat,” kata Dick Wai, selaku penerbit video muzik tersebut.

Lil J berharap usahanya kali ini akan diterima baik oleh pengikut setianya.

“Saya hanya berharap untuk mendapatkan sokongan dan kasih sayang daripada pendengar terutamanya peminat saya. 

“Ini adalah satu pelancaran yang telah saya simpan selama hampir setahun dan saya ingin melihat bagaimana mereka menerimanya. 

“Saya tahu dalam hati saya bahawa lagu ini adalah sebuah hit. Kini sudah tiba masanya untuk pendengar menikmati lagu ini,” akhiri Lil J dengan penuh keyakinan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This