BELANJAWAN 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat akan memperkukuhkan lagi saya saing ekonomi Johor.
Perkara itu menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dapat dilihat menerusi Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS SEZ) yang disebut Perdana Menteri semalam.
Jelas beliau, inisiatif itu menjadi salah satu langkah penting yang diketengahkan dalam belanjawan ini, di samping insentif menarik yang ditawarkan melalui Zon Kewangan Khas (SFZ)
Di samping itu, beliau juga berbesar hati atas pengumuman kesinambungan projek-projek pembangunan di Johor seperti pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Hospital Sultanah Aminah 2, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan lain-lain.
“Syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Johor menyambut baik Belanjawan 2025: Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semalam.
“Semoga segala perancangan dan usaha ini dapat memberi manfaat kepada Bangsa Johor secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Onn Hafiz juga menyeru semua pihak untuk mendengar amanat beliau dalam pembentangan Belanjawan Johor 2025 tidak lama lagi.
Kata beliau, Belanjawan Johor 2025 akan menyentuh pelbagai inisiatif, perancangan, bantuan dan pembangunan di mana ia akan memberi manfaat serta keyakinan bahawa Kerajaan Negeri memandang serius tentang kepentingan rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

