Harga RON95 ada 2 peringkat tahun depan, 85 peratus rakyat nikmati subsidi – Rafizi

Dari Penulis

KERAJAAN akan menggunakan kaedah harga dua peringkat bagi pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 tahun hadapan, dengan mekanisme pengagihan akan ditentukan kelak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia berbeza dengan pelaksanaan subsidi diesel yang menggunakan kad fleet, berikutan majoriti rakyat iaitu 85 peratus akan menikmati subsidi berkenaan.

“Pelaksanaannya adalah harga minyak hanya perlu dibayar pada harga pasaran oleh orang yang tidak layak dapat subsidi, yang disebut golongan T15.

“Siapa T15, kita akan lalui proses (untuk menentukan). Bagi 85 peratus (rakyat yang lain), jika harga sekarang RM2.05, itulah yang perlu dibayar.

Baca artikel lain: Pengusaha hotel digesa beri waktu penginapan 23 jam

“Maka, ini akan babitkan harga dua peringkat di stesen minyak. Sebab itu, mekanismenya perlu dibincang (untuk pengagihan subsidi) dan sedang diperhalusi untuk pelaksanaan dengan semua termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan jabatan lain yang terbabit,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Statistik Negara 2024 dan Pra Pelancaran Laman Statistik, hari ini.

Turut hadir, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dan Timbalannya, Nazaria Baharudin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This