10XValley sasar transformasi perniagaan menerusi strategi ‘gamification’

Dari Penulis

Pusat transformasi perniagaan dan kehidupan, 10X Valley mensasarkan acara 10XValley Gamification Hackathon akan memupuk transformasi sesebuah syarikat menjadi lebih berdaya saing dan merangsang pekerja lebih terlibat dalam produktiviti.

Pengasas 10XCEO, Joescher Chee berkata, penubuhan 10X Valley bertujuan membantu mana-mana syarikat perniagaan menjadi ‘franchise-ready’, ‘IPO-ready’ dan ‘Future-ready’.

“Tujuan 10XValley Gamification Hackathon adalah untuk membantu peserta dalam mengenalpasti potensi baharu yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah. Malah kami memberi fokus kepada gerak kerja yang lebih berinteraktif yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kami mahu mewujudkan satu ekosistem di mana sesebuah syarikat dapat menyediakan perkhidmatan yang diinovasikan menerusi acara ini dan seterusnya diaplikasi dalam ssstem kerja. Sebenarnya setiap hari kita semua melalui proses ‘Gamification Hackathon’ di mana kita akan tertarik kepada sesebuah aplikasi dan terus melayarinya walau tanpa tujuan seperti Facebook, Shopee dan TikTok. Inilah yang kami mahu terapkan dalam perkembangan perniagaan sesebuah syarikat,” katanya ketika ditemui.

Tambah Joescher lagi, dia mahu mengubah lanskap perniagaan menjadi satu industri yang menyeronokkan, bukan lagi sekadar ruang kerja ‘cari makan’.

“Ini baru langkah permulaan dan saya mahu mewujudkan ruang kerja menjadi satu tempat yang menyeronokkan dan seterusnya menjadi pemangkin buat pekerja menjadi lebih berinovasi dan semangat.

“Sebanyak 144 buah syarikat yang menyertai hackathon ini diharap dapat memberi impak besar dalam gamifikasi perniagaan dan menarik minat syarikat lain untuk turut serta dalam gerakan ke beberapa platform industri termasuk AI, perniagaan, pendidikan, pengembangan maklumat dan sebagainya.

“Jika dalam masa 10 tahun, syarikat ini tidak melakukan transformasi gamifikasi, mereka akan terus ketinggalan dengan Syarikat baharu yang lebih berdaya saing,” katanya menyatakan Malaysia antara negara yang bergerak aktif dalam gamifikasi setaraf negara maju.

Terdahulu, “Hackathon Gamifikasi Pertama dan Terbesar di Malaysia” (Malaysia First & Largest Gamification Hackathon) telah menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This