Wak Doyok kini tauke minyak, tak serik lepas kena tipu lebih RM3 juta

Dari Penulis

Ikon fesyen lelaki, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor yakin akan hala tuju terbaharu dalam meluaskan lagi empayar perniagaannya. Meneroka teknologi Ultrafast yang dapat memberikan penjimatan melalui rawatan enjin dan gearbox kenderaan, tegas Wak, dia tidak pernah serik untuk berbisnes.

“Apa sahaja ujian yang berlaku, kita kena terima dengan hati terbuka. Namun kita harus teruskan kehidupan dan cari ‘networking’ terbaik untuk melengkapkan apa kekurangan kita.

“Dan atas sebab itu, selepas mencari formulasi terbaik dengan dibantu beberapa pakar penyelidik, saya mengambil keputusan untuk muncul dengan bisnes baharu menerusi teknologi termaju minyak yang memberikan penjimatan melalui rawatan enjin dan kotak kenderaan.

“Buat masa ini kami hanya mengeluarkan 200 unit sahaja bagi setiap produk untuk pengenalan bagi memperkenalkan teknologi canggih untuk penjimatan mintak dan penjagaan enjin,” katanya yang turut akan akan bekerjasama dengan Halo Delivery iaitu sistem aplikasi ‘Tempahan Penghantaran Hari Yang Sama’ yang dibangunkan oleh bakat tempatan.

Dakwa figura berusia 45 tahun ini, faktor mudah percaya menyebabkan dia menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan syarikat berasaskan makanan. Menurut usahawan yang juga pelakon itu, dia menyedari ditipu pasangan suami isteri terbabit selepas membuat semakan dalam urus niaga mereka.

“Banyak yang saya belajar daripada kerugian ini, jangan bersikap lepas tangan dan mudah percaya dengan orang lain. Kena sentiasa ambil tahu dan libatkan diri dalam bisnes agar orang tidak mengambil kesempatan. Lakukan ‘due diligence’ bagi setiap kerjasama yang dilakukan. Kesilapan saya ialah cepat percayakan orang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengarah dan Penyedia Teknologi Quantum Ultrafast Technology, Ariff Fadli Abd Wahab berkata teknologi Ultrafast yang ditawarkan bukan hanya membantu rawatan enjin, namun turut membantu penunggang motosikal menjimatkan kos penyelenggaraan.

“Minyak Ultrafast bukan hanya dapat meningkatkan prestasi enjin, namun turut membersihkan enjin daripada dalam. Kajian dan penyelidikan produk ini telah bermula sejak 2017 dan dengan teknologi yang dibangunkan, kami gunakan untuk minyak Ultrafast.

“Kebanyakan penunggang motosikal mengalami masalah dengan peningkatan kos menyelenggara motor dan produk ini mampu membantu memelihara enjin untuk tahan lebih lama,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This