Dari seorang suami : Sayangi isteri bagaikan cinta yang baru berputik

Dari Penulis

“Pertamanya, aku maafkan segala kesalahan dan kesilapan isteriku. Bagi seorang suami kesilapan dan kesalahan isteri yang terbesar adalah apa-apa yang menimbulkan rasa cemburu. Lain-lain kesalahan seperti melawan cakap suami adalah perkara kecil. Begitu juga perbuatan seperti malas masak atau seterika baju.”

Bila usia sudah meningkat 50 dan sudah berkahwin 30 tahun, mungkin isteri tidaklah melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan perasaan cemburu. Kerana kebarangkalian isteri menarik minat lelaki lain adalah kurang, kecualilah jika dia yang jenis cantik walaupun di usia lewat 40 dan 50.

Kalau waktu muda dan baru-baru kahwin tentulah, isteri masih menarik bagi lelaki lain dan dalam hubungan dengan orang lain, ada kalanya boleh menimbulkan rasa cemburu oleh suami.

Maka langkah pertama untuk menghargai isteri ialah maafkanlah apa yang disifatkan oleh suami sebagai kesalahan-kesalahan yang menimbulkan cemburu. Maka penghargaan pertama kepada isteri ialah kerana kesetiaan dalam perasaannya terhadap suami.

Maka selepas itu, langkah kedua untuk menghargai isteri adalah memperbaharui cinta, yang mungkin sudah pudar dimamah zaman. Cinta akan menggerakkan segala-galanya.

Cinta akan mengembalikan ingatan kepada apa yang dilakukan oleh isteri, pengorbanannya dan segala kesusahan dalam melayari bahtera rumah tangga. Semua sekali, baik yang besar-besar, termasuki hal kewangan, mahupun yang kecil seperti seterika baju atau mengiakan kata-kata suami kerana untuk menjaga hati.

Suami mesti memiliki pelbagai kekurangan dan isteri terpaksa menyesuaikan diri. Maka penyesuaian diri inilah yang wajar suami hargai.

Dalam menguruskan rumah tangga setiap hari, bertahun-tahun, mungkin suami terlupa atau sudah dianggap lumrah apa yang dilakukan oleh isteri, maka detik-detik pada tarikh-tarikh tertentu, wajarlah raikan isteri sebagai penghargaan kepadanya. Sewaktu ulang tahun hari jadi umpamanya. Bayangkan betapa keindahan dunia suami yang ada ini adalah kerana lahirnya isteri itu.

Kemudian pada hari-hari lain pun wajar dinyatakan penghargaan kepada isteri. Umpamanya pada Hari Raya, Hari Wanita, Hari Ibu dan juga Hari Kekasih. Dengan cinta, semangat untuk hidup bahagia dalam rumah tangga yang seadanya akan dapat dipupuk. Hargai isteri dengan cinta.

Bagi seorang lelaki, tentunya bilik tidur amat penting, ada sebahagiannya meletakkannya pada tahap atas sekali. Tentu sekali hal ini sudah cukup untuk menghargai isteri. Pengalaman indah di bilik tidur mewajarkan penghargaan tertinggi kepada isteri.

Namun begitu, kesemuanya tidak boleh dipaksa-paksa. Dipujuk, dirayu dan dididik boleh dilakukan ke atas isteri. Tetapi akhirnya tidak boleh dipaksa-paksa. Walau besar mana pun cinta, isteri tetap merupakan seorang individu berlainan dan berbeza.

Hargai isteri dengan memberikan kebebasannya. Cinta tidak boleh dipaksa-paksa, biar ia datang sendiri bukan kerana takut kepada suami atau takut suami pergi. Biar cinta ikhlas yang datang, kemudian semuanya akan menjadi lebih indah. Tetapi tentunya cinta perlukan usaha. Ia kerja berat.

Hanya dengan kesungguhan dan keikhlasan, cinta dapat berputik pada isteri. Dengan cinta,  barulah mudah bagi suami untuk menghulurkan pemberian. Wang dan harta benda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This