Piala DSS 2024: PDRM unggul, kekalkan status juara bertahan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KONTINJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) menepati ramalan apabila berjaya mengungguli sebahagian besar acara pada kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III kali ini.

Dalam kejohanan diadakan selama dua hari di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya itu, PDRM membuktikan kejaguhan setelah hampir menyapu bersih kategori berpasukan bagi semua acara.

Bagi kategori berpasukan, pasukan itu menjadi johan bagi acara productionproduction optics; standart dan terbuka.

Aksi para peserta yang menyertai Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kategori standard individu pula menyaksikan Saifuddin Sariat dari Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM menjuarai acara overall.

Lebih manis buat Saifuddin apabila beliau turut memenangi kategori shoot off standard dan tempat pertama acara berpasukan dalam kejohanan kali ini.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Saifuddin berkata, beliau berbangga dapat mengekalkan status juara bagi kategori individu tiga kali berturut-turut sejak kejohanan Piala DSS dianjurkan.

Kata Saifuddin, walaupun sibuk dengan urusan kerja dan mempunyai masa yang terhad untuk berlatih , beliau menggunakan segala pengalaman yang ada untuk mempersiapkan diri sebelum kejohanan bermula.

BANGGA…..Saifuddin Sariat (dari kiri), Fitri Raman Sumpa, Mohd Firdaus Safee dan Mohd Rokimi Basri Md Yusoff dari pasukan PDRM berkongsi kegembiraan selepas diumumkan sebagai pemenang dalam ketegori Individual Production, Production Optic, Standard dan Open pada Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya menceburi sukan menembak ini sejak 2012 dan aktif hingga sekarang. Semua ini berkat sokongan jabatan, keluarga dan rakan-rakan.

“Walaupun masa untuk berlatih singkat, saya berazam untuk mengekalkan status juara bertahan demi menaikkan nama jabatan saya serta PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UtusanTV selepas majlis penyerahan hadiah kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III hari ini.

Mengulas mengenai perbezaan Level kejohanan, Saifuddin berkata, Piala DSS tahun ini menampilkan cabaran yang lebih sengit memandangkan bentuk stage dan jarak tembakan yang lebih mencabar.

Salah seorang peserta bersedia untuk melakukan tembakan pada Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Selain itu, kata beliau, cabaran sengit juga diberikan pasukan-pasukan lain sama ada agensi-agensi keselamatan mahupun kelab-kelab menembak.

“Untuk perbezaan level  II dan Level III adalah dari segi jarak dan kepelbagaian  sasaran. Pendek kata, Level III lebih susah dari segi bentuk stage dan jarak tembakan.

Pencabar-pencabar yang lain dari segi pasukan keselamatan dan kelab-kelab menembak, mereka pun sangat hebat. Tetapi disebabkan saya bawa nama pasukan PDRM, dengan semangat, moto dan pasukan, saya tekad untuk bawa naik nama jabatan,” katanya.

BANGGA…..Saifuddin Sariat menunjukkan medal dan piala yang dimenanginya pada Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SENARAI PEMENANG:

IndividualNama Pemenang
Production
ChampionMohd Firdaus Safee (UTK)
1st runner upMohd Khairul Azuan Abd Wahab (VAT69)
2nd runner upPetrus Anak Anai (VAT69)
Senior
ChampionNazli Md Taib (JCTSA)
1st runner upKhoo Choon Hoo (MAS)
2nd runner upLoo Zhee Kit (SINGAPORE)
Ladies
ChampionZurieaty Mohamad (VAT69)
1st runner upNor Aini Yussof (UTK)
2nd runner upMissy Jaafar (NAVY)
Super Senior
ChampionFoo Kah Hin (MAS)
Production Optic
Overall
ChampionMohd Rokimi basri Md Yusoff (VAT69)
1st runner upSyuzefril Mat Noor (APMM)
2nd runner upKelvin Lee Siet Sin (CSSG)
Senior
ChampionSong Weng Khuen (Royal Perak)
1st runner upMerzuki Shahrim (PDRM JSJ)
2nd runner upFoo Chuen Wah (MAS)
Super Senior
ChampionMohd Paul Ang Abdullah (CSSG)
Standard
Overall
ChampionSaifuddin Sariat (UTK)
1st runner upMohd Azlan Md Salleh (NAVY)
2nd runner upMohd Helmi Zainal Abdidin (GGK)
Senior
ChampionRaja Azlan Shah Raja Hassan (JCTSA)
1st runner upHairun Musa (KASTAM)
2nd runner upAdrian Salleh Hashim
Open
Overall
ChampionFitri Raman Sumpa (UTK)
1st runner upAwangku Mohd Nabil Awang Tengah (UTK)
2nd runner upMohammad Fauzi Bolhi (UTK)
Senior
ChampionDain Amarul Sallehuddin (KMSS)
1st runner upLoh Fook Kheong (SINGAPORE)
2nd runner upOng Tse Chuang (CSSG)
Super Senior
ChampionHo Chee Wai (SINGAPORE)
Team
Production
ChampionProduction PDRM
1st runner upGGK
2nd runner upJSJN 1
Production Optic
ChampionRMP OPTIC
1st runner upAPMM PO
2nd runner upKerambit
Standard
ChampionStandard PDRM 2
1st runner upNAVY STANDART
2nd runner upKASTAM STD
Open
ChampionOPEN PDRM
1st runner upNAVY OPEN
2nd runner upKMSS
Shoot Off
Production Ladies
ChampionNor Aini Yussof (UTK PDRM)
1st runner upZurieaty Mohamad (VAT 69 PDRM)
2nd runner upMissy Jaafar (TLDM)
Production
ChampionPetrus Anai (VAT 69 PDRM)
1st runner upMohd Khairul Azuan Abd. Wahab (VAT 69 PDRM)
2nd runner upAaron Ting Ng Han (UTK PDRM)
Productio Optic
ChampionMohamad Yusedi Salek (UTK PDRM)
1st runner upKelvin Lee Siet Sin (CSSG)
2nd runner upSyuzefril Mat Noor (APMM)
Standard
ChampionSaifuddin Sariat (UTK PDRM)
1st runner upMuhammad Jasli Ahmad Jais (UTK PDRM)
2nd runner upZul-Majdi Saari (PMKM)
Open
ChampionMohd Fauzi Bolhi (UTK PDRM)
1st runner upAwangku Mohd Nabil Fikri (UTK PDRM)
2nd runner upFirti Rahman Sumpa (UTK PDRM)

Dalam pada itu, Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani dalam ucapan ringkasnya berkata, pihaknya mempunyai perancangan yang lebih besar dalam sukan menembak pada tahun hadapan.

Beliau berkata, perancangan tersebut hanya akan dapat dilaksanakan dengan sokongan dan keterlibatan semua pihak.

Peserta-peserta wanita turut sama menyertai Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Setiap tahun kita akan cuba untuk menaikkan lagi peringkat dan memperbaiki penganjuran pertandingan ini. Tahun hadapan, kita ada rancangan yang lebih besar lagi tapi semuanya hanya dapat dilaksanakan dengan sokongan dan keterlibatan semua.

“Saya mengucapkan terima kasih, kita cintakan sukan menembak dan kita akan buat yang terbaik untuk IPSC,” katanya.

Ketangkasan menukar peluru diperlukan bagi setiap peserta yang menyertai Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Untuk rekod, lebih 300 orang penembak mengesahkan penyertaan dalam kejohanan menembak Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III anjuran KMSS.

Kejohanan bertaraf Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Level III itu berjaya menarik kehadiran 15 orang peserta luar iaitu dari negara Singapura, Taiwan dan Thailand.

Manakala, selebihnya merupakan penembak tempatan daripada pelbagai latar belakang, yang mana kebolehan dan keupayaan mereka untuk bersaing tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sebahagian daripada peserta-peserta bergambar pada Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (depan, kanan) bersama Komander Unit Tindakan Khas PDRM, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah (depan, kiri) bergambar bersama pemenang dari pasukan PDRM pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada peserta yang menyertai Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Semangat setiakawan ditunjukkan setiap peserta pada Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Aksi salah seorang peserta menembak ke sasaran pada Kejohanan Piala DSS 2024 IPSC Handgun Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This