SEBANYAK 872,000 atau 10.2 peratus daripada ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat caruman sukarela dengan jumlah caruman sebanyak RM9.39 bilion setakat 31 Ogos tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata ahli KWSP boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa melalui caruman sukarela bagi menambah simpanan mereka, tertakluk kepada had caruman tahunan sebanyak RM100,000 setahun, bermula 1 Jun 2023.
“Caruman sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa melalui saluran aplikasi mudah alih, perbankan Internet, Bank Simpanan Nasional (BSN), kaunter ejen bank, dan kaunter KWSP,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai langkah-langkah yang diambil KWSP bagi meningkatkan semula simpanan ahli.
Baca artikel lain; Akaun Persaraan KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk mengerjakan haji – Hui Ying
Selain itu, Lim berkata sebanyak 263,000 atau 3.3 peratus daripada jumlah ahli aktif formal KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja.
“Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa,” katanya.
Dalam pada itu, Lim berkata kira-kira 86,000 suami di negara ini telah menyertai program i-Sayang yang dijalankan oleh KWSP sejak ia dilancarkan pada 2013, melibatkan jumlah pindahan caruman sebanyak RM22.1 juta setakat Ogos 2024.
“Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan dua peratus daripada caruman KWSP bulanan (syer pekerja) secara sukarela ke akaun KWSP isteri mereka,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

