MANA-MANA ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun Persaraan sehingga mencapai umur 55 tahun termasuk dengan tujuan untuk mengerjakan haji.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, hal itu kerana kerajaan mahu memastikan setiap ahli KWSP termasuk yang beragama Islam mempunyai simpanan asas sebanyak RM240,000 bagi memastikan kelangsungan hidup semasa persaraan.
Begitupun, jelas beliau, mana-mana ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran Akaun Persaraan bagi tujuan lain seperti pengeluaran perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal dan pendidikan.
“Untuk makluman, pengeluaran haji telah diperkenalkan sejak 2013 bagi KWSP yang beragama Islam di bawah umur 55 tahun dan terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji.
“Pengeluaran boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera atau kita sering rujuk sebagai Akaun 2 untuk membiayai perbelanjaan asas bagi mengerjakan haji.
“Amaun yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Sejahtera adalah perbezaan kos haji dengan baki simpanan akaun tabung haji ahli pada masa menerima tawaran haji tertakluk pada amaun maksimum RM3,000 atau bagi Akaun Sejahtera mengikut mana yang lebih rendah.
“Sekiranya ahli memerlukan pembiayaan tambahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel atau lebih dikenali sebagai Akaun Tiga.
“Manakala Akaun Persaraan atau Akaun 1 adalah bertujuan sebagai simpanan persaraan dan terdiri daripada 75 peratus caruman,” katanya.
Beliau menjawab soalan Dr Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun) sama ada kerajaan bercadang untuk mengubah dasar untuk membenarkan pekerja yang belum mencapai usia persaraan mengeluarkan Akaun Satu (Persaraan) bagi tujuan mengerjakan haji jika pekerja itu sudah terpilih untuk mengerjakan ibadah itu dan jumlah ahli KWSP yang dibenarkan membuat pengeluaran Akaun Dua (Sejahtera) atau Ketiga (Fleksibel).
Hui Ying menambah, KWSP merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta 452 dan diberi mandat untuk melindungi dan mengurus simpanan ahli.
Katanya, inisiatif itu bagi menyediakan pendapatan persaraan melalui caruman mandatori daripada dua pihak iaitu sebahagian gaji pekerja dan sebahagian daripada majikan setiap bulan.
Katanya, caruman yang diterima akan dikreditkan mengikut nisbah 75 peratus bagi Akaun Persaraan, 15 peratus bagi Akaun Sejahtera dan 10 peratus bagi Akaun Fleksibel.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

