Ezuwan Ismail sudah dapat jangka busana Miss Universe Malaysia rekaannya akan dikritik – “Saya elak untuk baca komen, apa yang penting Sandra Lim gembira & yakin bawa nama negara ke pentas dunia”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEREKA fesyen popular Ezuwan Ismail kekal dengan prinsip enggan membaca setiap kritikan negatif yang dilemparkan terhadap busana rekaannya untuk wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim.

Jelas Ezuwan,42, dia lebih mementingkan kepuasan Sandra yang secara keseluruhannya amat gembira dengan hasil tiga persalinan yang direka khas buat dirinya.

Pada masa sama, Ezuwan akui cukup bertuah apabila diberi peluang buat pertama kalinya mereka pakaian bagi pertandingan ratu cantik oleh organiasasi Miss Universe Malaysia (MUMO).

“Saya memang cuba elak daripada membaca komen tak baik atau negatif sebab ia akan mengganggu fokus kerja. Walaupun kadangkala, bila kita buka media soaial, pasti akan terbaca juga. 

“Memang ‘wow’ kecaman yang diterima misalnya di TikTok, kalau baca boleh buat kita pitam. Tapi tidak mengapalah sebab pada saya itu pendapat dan penerimaan masing-masing. 

“Apa yang penting bagi saya, bila semua baju itu siap, Sandra gembira dan berkeyakinan untuk membawa nama negara ke pentas dunia. Saya hanya nak dia suka dan gembira saja. 

“Sebab dia yang akan pakai dan semestinya mahu apa yang dirasakan selesa bila berjalan di atas pentas nanti. Kami pun saling berbincang untuk hasil yang terbaik,” katanya kepada URTV ketika ditemui di butik pakaiannya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut mengenai pemilihan busana National Costume yang diinspirasikan daripada Puteri Walinong Sari dari negeri Pahang, kata Ezuwan, Sandra mahukan imjej seorang pahlawan wanita yang pada masa sama menjaga kejelitaan  dan bersemangat wira.

“Sandra mahukan rekaan yang membolehkan dia beraksi dengan pedang dan seni mempertahankan diri ketika berjalan di atas pentas.

“Kain songket tersebut memang yang berkualiti selain batu-batu Swarovski yang ditampal satu persatu bagi menjaga fabrik termasuklah kerawang tebuk.

“Puteri Walinong Sari saya rasa belum diketengahkan dalam mana-mana pertandingan ratu cantik. Ciri-ciri rekaan bagi busana ini saya sesuaikan dengan gaya kontemporari dan komersial.

“Itulah yang saya agak kesalkan apabila segelntiri orang luar hanya tahu mengkritik saja tanpa menilai sesuatu rekaan seni yang dihasilkan pereka fesyen. Saya memberikan sepenuh fokus kepada tiga rekaan ini sehingga terhasillah ‘masterpiece’,” luahnya.

Ezuwan yang sinonim menjadi pilihan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Aina Abdul ini turut berkongsi mengenai ‘gaun rahsia’ (secret gown). 

“Ramai yang tak tahu sebenarnya ada baju ketiga iaitu ‘gaun rahsia’ yang akan dipakai Sandra. Sebab untuk segmen itu, Sandra akan berjalan seorang diri sambil pengacara majlis akan perkenalkan dirinya. 

“Itulah yang akan jadi tumpuan dan fokus semua ratu bertanding. Jadi, sudah tentu rekaan untuk ‘gaun rahsia’ ini kejutannya akan lebih besar. Proses penghasilannya juga rumit terutamanya dari segi potongan badan (cutting).

“Kalau boleh memang nak ia seolah-olah ‘melekat’ pada badan, sempurna terletak. Perincian manik memang sudah jadi ‘signature’ bagi jenama Ezuwan Ismail, cuma kali ini ia tidak sama dengan apa yang pernah kami hasilkan,” kongsinya.

Ezuwan mendedahkan kos keseluruhan bagi menghasilkan tiga pakaian dalam tempoh sebulan itu menelan belanja lebih RM150,000.

Lebih sedekad bergelar pereka fesyen, kecaman daripada netizen tidak pernah sekali membuatkan semangatnya luntur apa lagi mahu mengalah.

Malah, setiap kritikan yang diterima akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan rekaan berkualiti selain kekal optimis dalam industri rekaan fesyen tanah air.

“Saya tak serik untuk terus berkarya sebab saya bukan seorang yang mudah mengalah. Cuma bila teirma banyak kritikan atau pujian, itulah yang menjadi penguat semangat kita. 

“Kalau tak ada itu semua, saya tidak akan berada pada tahap sekarang. Pujian itu satu bonus, kritikan pula kita ambil sebagai teguran yang membina,” katanya lagi. 

Edisi malam kemuncak Miss Universe ke-73 akan berlangsung di Mexico City, Mexico, pada 16 November ini (17 November 2024 waktu Malaysia).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This