POLIS berjaya merampas 124 kilogram (kg) syabu dan 21 kg heroin, bernilai RM4.18 juta dalam serbuan di sebuah kondominium mewah dekat Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur, pada Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, serbuan dilakukan kawasan lif kira-kira pukul 3:30 petang.
Beliau berkata, dalam serbuan tersebut, dua lelaki India berusia 25 dan 21 tahun, telah ditangkap bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan ke atas lelaki pertama berusia 25 tahun menemukan empat bungkusan bertulis “Daguanyin” berisi dadah disyaki syabu dan enam plastik lut sinar disyaki heroin.
“Pemeriksaan ke atas lelaki kedua pula menjumpai dua bungkusan hitam yang salah satu bungkusan bertulis “Daguanyin” disyaki syabu dan empat bungkusan plastik lut sinar berisi heroin,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Jelasnya lagi, pemeriksaan lanjut ke sebuah rumah di kondominium telah menemukan 100 bungkusan berwarna biru bertulis “Chinese Pin Wei” dan 15 bungkusan berwarna keemasan bertulis “Daguanyin” disyaki syabu, serta 40 bungkusan plastik lut sinar berisi heroin.
“Dadah ini dipercayai cukup untuk digunakan 728,000 penagih.
“Selain itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang disewa oleh suspek untuk penghantaran dadah turut dirampas,” katanya.
Menurutnya lagi suspek pertama berperanan sebagai penjaga stor dengan bayaran RM5,000 sebulan, manakala suspek kedua berperanan sebagai pembantu dan menerima duit belanja harian.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa kondominium kos rendah sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan kepada pembeli di kawasan Lembah Klang.
“Sindiket ini dipercayai aktif sejak pertengahan tahun 2024,” katanya.
Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek telah direman selama tujuh hari mulai 24 hingga 30 Oktober 2024 untuk membantu siasatan.
“Saringan awal mendapati salah seorang suspek positif THC, termasuk dua kesalahan lampau,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

