Penduduk Pahang diminta waspada, siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA penduduk di negeri Pahang diminta bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok sehingga bulan Mac 2025.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, negeri itu seperti kelazimannya akan dilanda bencana banjir sepanjang tempoh MTL.

Beliau turut menasihati orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

Pada masa sama, Wan Rosdy turut meminta orang awam mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Insya-Allah, kerajaan negeri bersama-sama agensi keselamatan yang lain sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana ini.

Baca artikel lain: Musim tengkujuh dijangka bermula Selasa ini hingga Mac 2025

“Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan malapetaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Monsun Timur Laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula esok dan berterusan sehingga Mac 2025.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku sepanjang tempoh musim tengkujuh.

Menurut Mohd Hisham, semasa fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Disember, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kata beliau, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah pula lebih berpotensi berlaku episod hujan lebat pada Januari hingga Februari 2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This