SEORANG lelaki warga emas maut akibat dilanggar ketika mengambil tayar ganti di but kereta dalam kemalangan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam, 12.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila sebuah bas henti-henti gagal mengelak kenderaan pacuan empat ronda dan Toyota Camry yang sedang berhenti di lorong kiri kerana tayar pancit.
Beliau berkata, bas terbabit telah melanggar bucu kanan belakang kenderaan pacuan empat roda menyebabkan kenderaan tersebut bergerak ke hadapan dan merempuh Camry.
“Pelanggaran itu menyebabkan seorang lelaki berbangsa India yang berada di bahagian kereta belakang dipercayai sedang mengambil tayar ganti mengalami cedera parah di badan.
“Mangsa berusia 65 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

