Genap dua tahun pimpin Kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara – Fahmi

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang genap dua tahun menerajui kerajaan pada 24 Nov ini meneruskan agenda negara dengan mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, lawatan itu penting bagi memastikan kerjasama strategik antara kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan.

“Pada 24 Nov Perdana Menteri akan ke Korea Selatan bagi lawatan rasmi untuk tujuan perdagangan dua hala serta mengadakan beberapa pertukaran memorandum persefahaman (MoU),” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Fahmi berkata selain memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan, Perdana Menteri akan turut menyaksikan pemeteraian beberapa MoU melibatkan kementerian serta agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sementara itu, beliau berkata sempena dua tahun pemerintahan kerajaan MADANI, Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Nov ini.

—  BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This