Kebab Daging Timur Tengah, Cita Rasa Tempatan

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Siapa kata kita tak boleh buat kebab daging dengan airtangan sendiri di rumah? Resipi kebab daging citarasa orang kita ini, diilhamkan resipinya oleh Chef Sabri Hassan. Bahan-bahannya mudah dan ringkas, daging lembu cari yang batang pinang kalau nak lebih lembut.

Proses memanggangnya pun cepat dan yang penting rasanya sedap. Bolehlah cuba, hidangkan pada hujung minggu buat keluarga tersayang.

BAHAN
2 kg daging lembu – potong dadu
10 gm serbuk lada hitam
¼ biji limau nipis – ambil jus
10 gm serbuk jintan manis
10 gm serbuk ketumbar
10 gm sos perang
1 cawan minyak jagung
40 gm gula perang
30 gm serbuk kari daging
200 gm tomato ceri
3 biji bawang holand – potong dadu
3 biji lada benggala merah atau hijau – potong dadu

CARA PENYEDIAAN :

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Kemudian perap bersama daging yang telah dibersihkan selama 30 minit.
  2. Kemudian gunakan bamboo skewer, cucuk daging seperti buat sate.
  3. Selepas itu, panaskan pemanggang ajaib, letakkan sedikit minyak jagung. Panggang kebab selama 6 minit atau sehingga masak.
  4. Setelah siap, boleh dihidangkan bersama dengan sos cili atau sos BBQ.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This