Dapur Chef Amer : Tip Untuk Menghasilkan Kek Gebu, Lembab & Lembut

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Setiap kali buat kek, kenapa tak gebu, tak lembab dan tak lembut? Mana silapnya? Pasti anda pernah lalui situasi ini. Bukan senang ya, nak dapatkan tekstur kek yang cantik.
Untuk menghasilkan kek yang gebu, lembab dan lembut ia bergantung kepada teknik atau kaedah pembuatan, penggunaan bahan dan sukatan yang tepat.

Adunan perlulah diputar sehingga benar-benar kembang, barulah dimasukkan coklat atau serbuk koko ke dalamnya, secara kaup balik perlahan-lahan. Ini sangat penting kerana coklat agak berat, jika dikacau terlalu kuat, ia akan memadatkan adunan.
Serbuk koko perlulah diayak bersama ke semua tepung dan bahan penaik barulah di masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan secara berselang seli dengan bahan cecair seperti air atau susu.

Proses pembakaran antara yang penting kerana setiap oven ada ciri masing-masing. Sama ada ia kaedah konvensional, pancaran haba yang dibantu kipas turbo atau gabungan kedua-duanya. Oleh itu untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kenalilah karenah oven masing-masing.

Tip Untuk Memilih Oven & Teknik Pembakaran

  1. Panaskan oven terlebih dahulu ke suhu kek atau adunan yang hendak dibakar.
  2. Pastikan suhu yang tepat kerana jika terlalu panas, kek akan mengembang di bahagian tengah dan cepat mengeras sebelum naik, suhu yang rendah pula menyebabkan kek padat dan tidak mengeras secukupnya.
  3. Gunakan rak yang tengah untuk mendapatkan kepanasan yang seimbang atau tukarkan kedudukan dulang ketika separuh masa pembakaran jika bertingkat.
  4. Jangan biarkan rak pembakar terlalu rapat jika oven bertingkat.
  5. Gunakan api atas dan bawah kecuali dinyatakan dalam resipi yang hanya memerlukan api atas atau bawah sahaja.
  6. Jangan buka pintu oven atau mengganggu kek yang sedang dibakar sehingga kek selesai dibakar atau separa garing, menggangu kek atau mencucuk kek yang belum keras lagi akan menyebabkannya kek turun dan mendap.
  7. Kek yang ringan seperti kek span dan kek chiffon akan mengecut sedikit bila telah cukup masak dan perlu diterbalikkan terus sebaik sahaja dikeluarkan dari oven.
  8. Kek span nipis atau swiss roll perlu dibiarkan di dalam acuan selama 15 minit dahulu sebelum diterbalikkan kerana ia amat rapuh setelah dibakar.

Pada kali ini, saya juga ingin berkongsi satu lagi kek yang mejadi lagenda dan kesukaan ramai iaitu Black Forest Torte. Kek yang dicipta sekitar tahun 1905 di German ini tetap diminati sehingga ke hari ini. Kek Black Forest ini terdiri daripada kek coklat yang lembut, krim putar dan buah ceri hitam yang sememangnya terkenal di daerah Triberg, German.

Black Forest Torte

Bahan Kek Span Coklat :
5 biji telur
125 gm gula
1 sudu kecil vanila
15 gm ovallate
40 ml air
100 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
70 gm mentega

Bahan Inti :
1 tin dark pitted cherry – tuskan jusnya – 250 ml
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil pes black forest
350 gm krim bukan tenusu
100 gm krim tenusu – campurkan dan putar hingga kembang

Bahan Sirap :
50 gm gula
200 ml air
1 sudu kecil jus lemon – Didihkan air bersama gula hingga larut dan campurkan jus lemon.

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan telur, gula, ovallate, vanila, air, tepung, serbuk koko dan serbuk penaik.
  2. Putar semua bahan hingga kembang. Masukkan mentega cair dan gaul sebati.
  3. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inci yang telah dilapikkan kertas minyak.
  4. Bakar pada suhu 180ËšC selama 35 minit dan sejukkan.
  5. Untuk Inti : Campurkan jus ceri dengan gula dan tepung jagung. Didihkan hingga pekat dan sejukkan. Campurkan pes black forest, krim bukan tenusu dan krim tenusu. Putar hingga kembang.
  6. Potong kek kepada 3 lapisan dan letakkan lapisan per tama diatas papan kek. Sapu atau beruskan kek dengan air sirap.
  7. Letakkan 1/4 krim diatasnya, susunkan dark cherry dan letakkan kek span diatasnya.
  8. Letakkan 1/4 krim diatasnya, ratakan dan letakkan kek span lagi diatasnya.
  9. Ratakan baki krim keseluruhan kek, hiaskan dengan parutan coklat dan ceri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This