Langgar lari: Pemandu Camry miliki 10 rekod jenayah ditahan

Dari Penulis

SEORANG pemandu Toyota Camry yang memiliki 10 rekod jenayah lampau ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Persimpangan Lebuh Turi, Klang ke Persiaran Raja Muda Musa, Klang pada pukul 1.45 petang kelmarin.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/7844

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati pemandu Camry telah menghimpit dan merempuh sebuah motosikal yang ditunggangi seorang wanita sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, kejadian tersebut telah dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan lain dan dimuat naik di media sosial.

“Penunggang motosikal telah hadir membuat laporan di Balai Polis Trafik Klang Selatan setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Mangsa patah kaki kiri dan luka di beberapa bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataaan hari ini.

Katanya, polis juga telah mengesan Camry tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup dari beberapa pemilik bangunan perniagaan di sepanjang laluan suspek ketika melarikan diri.

Jelasnya, suspek seorang lelaki berusia 47 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori telah ditahan bersama rampasan kereta Camry pada pukul 12 tengah hari semalam.

Katanya, semakan mendapati suspek juga memiliki 24 waran tangkap atas kesalahan trafik.

Kes disiasat di awah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek juga akan disiasat dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah yang telah dilakukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 3,565 petugas PDRM digerakkan sempena undi awal

SERAMAI 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal digerakkan bagi melaksanakan pelbagai penugasan sepanjang proses pengundian awal sempena Pilihan...

More Articles Like This