KERTAS siasatan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC).
Perkembangan itu disahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan ringkas kepada BH, hari ini, lapor akhbar tersebut.
Bagaimanapun ia tidak menyatakan tarikh kertas siasatan berkenaan dirujuk kepada AGC.
“Kes ini masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kertas siasatan telah dirujuk ke kamar Peguam Negara untuk kajian dan arahan selanjutnya.
“PDRM berharap semua pihak memberikan kerjasama dan tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu proses siasatan yang masih dijalankan,” katanya.
Media semalam melaporkan, kerajaan Selangor masih menunggu laporan siasatan insiden simbah asid terhadap Faisal.
Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata PDRM tidak pernah menghentikan siasatan kes Faisal yang cedera melecur tahap empat akibat insiden itu.
Katanya, pihanya juga tidak berhenti berusaha mencari sebarang maklumat baharu yang dapat membantu siasatan.
Menurutnya, sejak siasatan dibuka pada Mei lalu, 23 individu sudah diambil keterangan selain menahan tiga suspek bagi membantu siasatan namun tiada bukti dapat mengaitkan ketiga-tiga suspek dengan kes terbabit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

