Tiga lelaki diburu polis umpil pintu sebuah pacuan empat roda

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mengumpil pintu kereta pacuan empat roda di Banting, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, laporan dibuat pemilik kereta berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi.

Kata beliau, dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai perkakas itu, mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi ketika kejadian.

“Mangsa kemudiannya melihat pintu keretanya itu dalam keadaan terbuka, mangsa melakukan pemeriksaan dalam keretanya itu namun tiada barangan miliknya hilang.

“Mangsa melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai perkakas berkenaan sebelum mendapati terdapat tiga individu mengumpil pintu keretanya sehingga terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Sufian berkata, tiga suspek itu kemudian dilihat melarikan diri menggunakan dua buah kereta jenis Proton Wira.

“Susulan itu, rakaman video CCTV kejadian dipercayai telah ditularkan dengan tujuan agar penduduk di kawasan Banting lebih berwaspada.

“Polis menjalankan siasatan berkaitan kejadian terbabit di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, usaha mengesan kesemua suspek terlibat sedang giat dijalankan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 3,565 petugas PDRM digerakkan sempena undi awal

SERAMAI 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal digerakkan bagi melaksanakan pelbagai penugasan sepanjang proses pengundian awal sempena Pilihan...

More Articles Like This