85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA – KSN

Dari Penulis

SEBANYAK 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini, menjelang pelaksanaan sistem itu yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Dis ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperkasakan sesi penerangan untuk memastikan baki 15 peratus lagi penjawat awam memilih opsyen berkenaan.

“Dari segi peratusan, 85 peratus sudah setuju menandatangani SSPA. Yang baki (15 peratus), saya difahamkan JPA akan ‘all out’ buat penerangan sebab ada yang masih tidak jelas disebabkan mereka terima maklumat tidak tepat yang diperoleh di media sosial,” katanya.

Shamsul Azri berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Taat Setia Reformasi Penjawat Awam’ pada Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Taat Setia anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) di sini hari ini.

Pada 13 Sept lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilaporkan berkata penjawat awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt hingga 30 Nov ini untuk memilih sama ada SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum ia berkuat kuasa 1 Dis ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This