Anwar bertemu konglomerat Korea Selatan, bincang kerjasama ekonomi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa konglomerat Korea Selatan bagi membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih rapat antara kedua-dua negara.

Pertemuan itu melibatkan beberapa konglomerat termasuk Samsung Group dan SK Group.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Samsung atas kepercayaan dan keyakinan yang berterusan di Malaysia.

Beliau turut mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari Samsung terutama di bidang-bidang baharu seperti rantaian bekalan bateri kenderaan elektrik (EV), hidrogen hijau dan pemerangkapan serta penyimpanan karbon (CCS) serta semikonduktor.

“Samsung Group yang telah bertapak sejak tahun 1983 telah berkembang menjadi salah satu syarikat yang besar dan diiktiraf dunia dengan kecekapan dan kemahiran dalam lapangan barangan dan kelengkapan elektrik, pembinaan dan perkapalan serta banyak lagi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: PM Anwar pelawa pelabur Korea Selatan teroka pelbagai peluang di Malaysia

Dalam pertemuan dengan SK Group, Anwar berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 1953 merupakan konglomerat kedua terbesar di Korea Selatan dari segi hasil.

Jelasnya, portfolio syarikat berkenaan melibatkan tenaga, telekomunikasi, bahan kimia, biologik dan semikonduktor.

Beliau memberitahu, SK Group melalui anak syarikatnya, SK Nexilis mempunyai lembaga di KKIP, Sabah untuk pengeluaran kerajang tembaga iaitu elemen utama yang digunakan dalam bateri lithium-ion untuk EV.

“Saya teruja tatkala mendengar cadangan dari SK Plasma untuk melabur di Malaysia dan tentunya kerajaan akan memberi dukungan penuh pada hasrat tersebut.

“Usaha ini tidak hanya akan menambahbaik infrastruktur untuk pengutipan plasma di Malaysia tetapi juga akan membangun industri biologik di Malaysia lantas mengurangkan kebergantungan kepada import produk plasma.

“Saya ucap terima kasih kepada keyakinan yang ditonjolkan SK Group dan mengalu-alukan pengembangan pelaburannya selain pelaburan di segmen yang lain dalam industri biologik di Malaysia,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This