JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyegerakan usaha pembukaan 20 laluan keluar air di Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Fasa 1 Sungai Golok sebagai langkah menghadapi banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Rohani Ibrahim berkata kerajaan juga mengambil pendekatan tidak menambat benteng di kawasan projek itu yang pecah tahun lepas bagi mengurangkan kesan banjir.
Beliau berkata ini adalah antara langkah penting yang diambil bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, selain mengenal pasti 618 lokasi sering banjir di seluruh Kelantan dalam meningkatkan kesiapsiagaan.
“Kita juga menambah pusat pemindahan sementara (PPS) kepada 459 buah tahun ini dengan kapasiti 186,440 mangsa berbanding 214 PPS tahun lepas,” katanya ketika menjawab soalan Tuan Harun Ismail (PAS-Tawang) berkaitan langkah kerajaan bagi menghadapi MTL pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Rohani berkata penambahbaikan 38 PPS aktif juga telah dilaksanakan membabitkan peruntukan RM810,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Dari segi keperluan makanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersiap sedia dengan depoh simpanan utama selain enam stor bencana daerah, 160 pengkalan hadapan dan 85 pembekal barangan keperluan dilantik di setiap jajahan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

