Kerajaan jimat RM1.7 Bilion, segerakan PLSB Sungai Golok – PM

Dari Penulis

KERAJAAN telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ini susulan keputusan kerajaan supaya ketiga-tiga fasa bagi pembinaan projek itu disekalikan, termasuk fasa yang diselenggara Majlis Keselamatan Negara.

“… dalam rundingan kita, Sungai Golok, Rantau Panjang dan juga soal mengorek, membersihkan muara Sungai Golok, (ia) melibatkan kedua-dua kerajaan Persekutuan dan kerajaan Thailand.

“…bila kita menyegerakan, penjimatan kos ketiga-tiga fasa PLSB Sungai Golok itu kita jimat RM1.7 bilion ringgit sebab itu saya katakan soal tatakelola ketelusan projek harus dijaga,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Kelantan juga telah memberi jaminan diselesaikan dalam enam bulan berbanding pengambilan tanah sebelum ini yang memerlukan lebih 24 bulan.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) berhubung langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun, serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.

“…kadang-kadang negeri itu mengambil masa dua tahun, paling cepat satu tahun, jadi dengan Menteri Besar Kelantan semalam, saya kata tak boleh…kalau siap (pengambilan tanah) enam bulan, enam bulan (segera) kita mula (PLSB),” kata beliau.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This