Bank Rakyat, UiTM perkukuh kerjasama menerusi inisiatif kebajikan, umrah dan korban

Dari Penulis

BANK Rakyat dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini memperkukuh hubungan strategik melalui Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama bagi meneruskan dan memperluaskan pelaksanaan inisiatif kebajikan, umrah dan korban.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Projek Tajaan Wang Saku Mahasiswa UiTM akan dilaksanakan, yang mana sumbangan sebanyak RM255,000 akan disalurkan kepada 850 pelajar asnaf dari 34 kampus UiTM di seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban pelajar asnaf serta memberikan mereka peluang untuk meneruskan pengajian dengan lebih selesa dan fokus.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi/Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nor Haimee Zakaria berkata, “Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan yang berlandaskan prinsip keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Bank Rakyat sentiasa berusaha untuk memberi impak positif kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan sasar”.

“Pendidikan adalah asas untuk membina masa depan yang lebih baik dan Bank Rakyat bersama seluruh cawangan di Malaysia, komited untuk terus bekerjasama dengan UiTM dan 34 kampusnya di seluruh negara bagi memastikan bantuan serta sokongan dapat disalurkan secara efektif kepada pelajar yang benar-benar memerlukan demi menjayakan usaha murni ini”.

Kerjasama ini adalah kesinambungan hubungan erat antara Bank Rakyat dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM bermula sejak 2021. Melalui Memorandum of Agreement (MOA) yang dimeterai, program korban telah dilaksanakan dengan tujuan memberi peluang kepada peserta untuk menunaikan ibadah korban sambil bersedekah. Sebahagian daging korban diproses menjadi makanan retort dan diagihkan kepada mahasiswa memerlukan, dengan kerjasama Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM dan Bank Rakyat Cawangan Vista Alam.

Bank Rakyat dan UiTM sebelum ini turut menjalin kerjasama menerusi inisiatif ‘Graduate Mentoring Program’ sebagai usaha untuk memperkasa graduan ke arah keusahawanan dengan peruntukan dana sebanyak RM50 juta yang menyediakan kemudahan modal perniagaan sehingga RM100,000 termasuk modul latihan merangkumi kursus keusahawanan, pengurusan perniagaan dan strategi pemasaran serta program latihan inklusif secara ‘hands-on’.

Program Bank Rakyat UNIpreneur pula, memfokuskan pembangunan usahawan asnaf dalam kalangan pelajar. Program ini bermula pada tahun 2021 sebagai program rintis dengan kerjasama antara Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM yang telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 keseluruhannya kepada seramai 10 pelajar untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Bermula pada 2022 sehingga 2024, program ini diperluaskan dengan kerjasama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM dengan menawarkan sokongan kewangan dan latihan yang lebih intensif dengan kos sebanyak RM285,500 kepada 86 pelajar bagi bantuan dana serta modul pembangunan keusahawanan. Program ini menzahirkan komitmen Bank Rakyat dalam memperkasa komuniti asnaf secara holistik dan mampan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This