SEORANG juruteknik cedera di tangan kanan selepas kereta yang dipandu terbabas di Kilometer 397.6, Lebuhraya Pantai Timur 2, arah Bukit Besi – Ajil, 4.15 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12.42 tengah malam semalam.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila Honda Civic yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Paka ke Setiu.
“Dalam keadaan cuaca hujan lebat itu, pemandu Civic yang memandu di lorong kanan telah hilang kawalan secara tiba-tiba selepas terlanggar lopak air di atas jalan.
“Kereta Civic tersebut kemudian telah terbabas dan berpusing beberapa kali ke tepi kiri longkang jalan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, akibat kejadian itu, pemandu Civic mengalami kecederaan di tangan kanan dan mengalami kerosakan pada kenderaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

