Kerajaan Madani gagal, Bersatu bagi penilaian gred ‘F’

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan penilaian gred ‘F’ kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun pentadbiran mereka.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini, penyokong kuat kerajaan iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred ‘D’ dan itu pun sudah cukup baik jika dibandingkan dengan prestasi mereka.

“Nampaknya penyakit kerajaan ini telah berubah daripada dijangkiti sindrom pembohongan bersiri kepada sindrom kegagalan bersiri.

“Apa jalan penyelesaiannya saudara-saudari? Penyelesaiannya ada di tangan rakyat dan saudara-saudari semua. Tukarlah kerajaan ini dalam PRU-16. Boleh atau tidak?.

“Kerajaan Madani juga gagal melaksanakan janji-janji reformasinya sendiri. Orang kata reformasi dah jadi reformati.

“Berlawanan dengan janji mereka sebelum berkuasa untuk menjadi lebih demokratik, lebih adil, lebih bebas, lebih bertata kelola tetapi apabila berkuasa mereka menjadi lebih autokratik,” katanya.

Baca artikel lain: Jumlah mangsa banjir di 9 negeri lebih 110,000 orang

Beliau berkata demikian pada sesi Ucapan Dasar Presiden di Persidangan Agung Tahunan Bersatu ke-7, hari ini.

Muhyiddin menambah, kerajaan Madani gagal kerana sepanjang tempoh dua tahun ekonomi negara semakin suram, kegiatan perniagaan lesu dan pasaran saham terus menerus lembab.

Selain itu, katanya lagi, nilai ringgit juga melemah, kedudukan kewangan negara amat merisaukan dengan hutang dan liabiliti mencapai RM1.6 trilion.

Ujar beliau, Belanjawan 2025 pula tiada hala tuju yang jelas dan tidak memberikan gambaran bahawa keadaan negara semakin pulih di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 dan kerajaan campuran Pakatan Harapan.

“Kos sara hidup rakyat juga semakin meningkat. Sudahlah subsidi ditarik balik, cukai pun dinaikkan.

“Saya bimbang rakyat Malaysia akan mengalami serangan ekonomi putaran kedua pada pertengahan tahun hadapan apabila subsidi RON95 pula akan ditarik oleh kerajaan.

“Akhirnya, rakyat menanggung kesusahan yang bertimpa-timpa akibat kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara dengan baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This