Gagal seberang sungai: Anggota tentera ditemukan lemas, seorang lagi hilang

Dari Penulis

SEORANG anggota tentera ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas manakala seorang lagi masih hilang susulan gagal menyeberangi sungai sewaktu menjalankan tugas gerakan operasi di hutan Royal Belum, di Gerik.

Difahamkan, mangsa yang ditemukan lemas dikenal pasti sebagai Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin, 20-an, manakala yang masih hilang ialah Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, 20-an, lapor Buletin TV3.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.56 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama tujuh lagi anggota tentera yang lain cuba menyeberangi Sungai Merah kira-kira pukul 6 petang pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dua mangsa berkenaan gagal menyeberangi sungai kerana arus deras.

Katanya, dua lelaki berkenaan yang merupakan anggota tentera dipercayai lemas di kawasan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot.

“Susulan itu penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh polis dan Angkatan Tentera Malaysia, yang kemudiannya membawa kepada penemuan satu daripada mangsa yang sudah meninggal dunia.

“Manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This